catatan kelima

Salam,

lama dah nak tulis tapi tgak tau nak kata apa. nak kata sibuk tak juga? nak kata tak sibuk tak juga? masih ada kerja. masih ada rezeki untuk aku, keluarga dan orang-orang yang bergantung pada aku.Pendek kata aku masih hidup dan tentera kematian masih lagi mengejar. jauh atau dekat aku tak tau, pengintip-pengintip aku dah kata dah dekat. ya la rambut pun dah ada uban, orang kampung pun dah banyak dah mati. aku tak ada strategi nak lawan dengan tentera kematian, janganla hendaknya sapa-sapa tanya. aku bukan doktor, tok pawang yang boleh extend umur. cuma ALLAH suruh kita berdoa supaya panjang umur, moga-moga umur yang panjang itu dapat kita gunakan untuk memperbaiki diri, boleh gunakan untuk menolong agama ALLAH dan yang penting BERTAUBAT

aku bukan buat salah apa pun, pasai apa nak kena taubat? hang tau mana yang hang tak buat salah? sejak bila hang dok gua yang buat hang tak dak dosa. hakikatnya setiap dari kita adalah orang berdosa. bukannya kita ni malaikat yang tak pernah berhenti buat ibadat. kita manusia yang jumpa manusia lain, yang bercakap dengan orang lain dan yang kadang-kala atau selalu menjadi orang yang lalai. Yang dok berasa kita tak berdosa tu sebab kita mungkin tak buat dosa besar macam syirik (walaupun banyak juga manusia buat), zina, curi, pukul bini, tak ikut cakap laki atau pertikai hukum ALLAH.

Nabi kita yang maksum atau yang tak dak dosa pun sehari-hari tak kurang dari 70 kali bertaubat. kalau ikut kiraan aku rasa kita ni kena lebih lagila. Dah la ibadat tak macam nabi, perangai jauh sekali patut-patutnya berlebih-lebih lagila kena bertaubat. ini jangankan nak bertaubat persoalkan pulak untuk apa nak taubat. cis, cis hina sungguh aku ni.

dah lah tak mau bertaubat siap dengan takabbur pulak tu. Apa pun tak boleh tegur walaupun tau diri tu tak betul. Ingatla Nabi Adam ALLAH terima taubat dia sebab dia mengaku silap dan salah lalu bertaubat. sedangkan Iblis ALLAH tak terima dia sebab dia takabbur lalu ALLAH halau Iblis dari Syurga forever and ever.

Kita manusia yang selalu lupa dan merasakan diri kita adalah lebih baik dari orang lain yang pada pandangan kita lebih rendah kedudukannya dari kita. mentang-mentanglah kita mengaji kat U orang yang nak tegur kita sekolah sampai SRP (la ni PMR) saja, kita dengar dia cakap macam dengar tak dengar saja. dengar tak dengar, aku rasa aku pun tau juga istilah tu. macam masa orang cakap dengan kita sepatutnya kita bulatkan mata merenung mata dia dengan penuh tawaduk atau tundukkan lah kepala tu, ni kita dok tengok jam la, tengok kereta lalu lalang la, cuba-cuba tukar tajuk la. macam la apa yang dia cakap tu tak betul dan tak ada kena mengena dengan kita saja.

ingatlah kita bukan nak tongkat dunia. sehebat manapun ilmu kita, sekaya mana pun kita bertimbun manapun harta kita, sebanyak mana pun orang bawahan kita akhirnya kita tetap ke bawah tanah juga. Harta kita tinggal kita masa kita diusung lagi, kawan-kawan atau orang bawahan atau keluarga kita tinggal kita bila orang kambus kita. Jadi sapa yang tinggal dengan kita. sendiri mau jawab la.

Jadi bawak-bawaklah bertaubat. belum tidur tu banyak-banyakkanlah berzikir taubat dan lain-lain zikir yang kita tau. ingatla perkataan LA ILAHAILLALLAH tu timbangannya berat lagi dari dunia seisinya. tak payahlah dok pikir pasai dunia saja.

Bersegeralah Bertaubat.
Marilah kepada-Ku, wahai hamba-hamba-Ku,
Bersegeralah pulang, ke pangkuan-Ku,
Bersegeralah bertaubat selalu,
Aku tetap menerimamu, percayalah,
Aku tahu kamu hamba-hamba-Ku, ciptaan-Ku,
Kamu adalah lemah, kelalaian dan kealpaan adalah watakmu,
Aku mahu akuilah kelemahan itu.
Setiap kali bersalah kamu datang pada-Ku,
Kemudian mengakulah bersalah,
Menangislah di depan-Ku ,tanda penyesalan yang tidak sudah,
Kalau engkau lakukan lagi tanpa nawaitu,
Datang lagi kepada-Ku,
Mengakulah salah, menyesallah, merintihlah, menangislah,
Ketahuilah wahai hamba-hamba-Ku,
Rintihan orang yang berdosa,
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya` .
Wahai hamba-hamba-Ku,
Jangan bertangguh-tangguh lagi,
Siapalah yang tidak bersalah ,kamu adalah hamba,
Tapi Aku suka orang yang mengaku salah,
Aku cinta kepada orang yang bertaubat ,
Minta ampunlah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku,
Aku tetap menerimamu ,bukankah Aku Tuhanmu,
Kasih-Ku kepada hamba-hamba-Ku,
Lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya,
Begitulah kehendak Allah kepada hamba-hamba-Nya,
Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah.