isteri-isteri

salam,

apa khabar buat insan bergelar isteri. tak kira isteri aku atau isteri orang. harapnya sihat-sihat. lama nak tulis bab ni tapi takut isteri terasa pulak. just for isteri tersayang, kanda sayaaaaaaang dinda. tapi dah bidang banyak main dengan benda-benda macam ni so terasa nak tulis bukan untuk orang baca tapi just nak ekspress apa yang berlaku masa kini.

Apa tugas isteri. tanyalah mana-mana isteri @ perempuan pastinya jawapan yang berbeza-beza walaupun ada sedikit persamaan. yang sama selalunya berkait dengan suami. ya la kan dah jadi isteri pastinya berkait dengan suami. sedar atau tidak isteri diciptakan untuk menjadi penghibur hati suami.

penghibur hati suami?.... sejarah yang pasti kita ketahui bahawa semasa Nabi Adam diciptakan, baginda diciptakan seorang diri tanpa teman dan tinggallah beliau di syurga. bila mana melihat binatang-binatang berpasangan, tercetus rasa sunyi di hati Baginda. Besoknya apabila terjaga dari tidur maka dilihatnya adanya hawa di sebelahnya. ALLAH ciptakan Hawa sebagai penghibur hati Baginda. maka bergembiralah Nabi Adam bersama Hawa yang diciptakan ALLAH dari rusuk kiri baginda.

Kelebihan wanita yang sering wanita lupa ialah daya memujuk dan merayu. Nabi Adam tewas dengan pujukan Hawa. Terlupa Nabi Adam dengan larangan ALLAH dan makanlah Baginda akan buah larangan, dan tercampaklah keduanya di dunia ini.

Ada 2 pengajaran dalam cerita ni. satu iblis memang jahat dan keduanya kuasa pujukan wanita.
Kalaulah iblis ikut perintah ALLAH supaya sujud kat Nabi Adam taklah kita ada kat dunia ni. tak payahlah nak cari makan tapi itu bukan apa yang nak ditulis kat sini tapi bukan juga kisah kuasa memujuk wanita yang wanita tak mau pakai atau lebih sedapnya yang isteri-isteri tak pandai guna untuk suaminya.

sejak bila aku tak tau tapi seluruh dunia dok nyanyi tentang hak sama rata lelaki dan perempuan dan wanita-wanita Islam pun dok sama nyanyi benda yang sama. hak sama rata. apa yang sama atau apa yang rata aku tak tau. Yang pasti antara lelaki dan wanita memang tak da benda yang sama. lelaki wanita kan saling melengkapi bukan nak bersaing antara satu sama lain. maksud lengkap melengkapi adalah mencukupkan apa yang kurang, contohnya lelaki suka menyepah, wanita suka kemas. kalau lelaki dan lelaki yang dok kat rumah memang tak berkemaslah rumah tu, tengok rumah budak-budak bujang memang selerak habis. kalau ada perempuan mesti kemas rumah tu. tapi kalau perempuan saja dok rumah tak kemas juga sebab sifat perempuan adalah suka nak menunjuk. kena ada faktor motivasi, senang cakap kena ada lelaki, baru jadi. contoh lagi, perempuan dok mekap cantik-cantik untuk sapa. ada yang jawab untuk diri sendiri bukan untuk orang lain. itu alasan biasa yang memang akan perempuan bagi sebab satu kelebihan perempuan adalah banyak bagi alasan. payah yang nak jumpa perempuan yang cepat mengaku salah, mesti bagi alasan dulu untuk apapun. tanyalah soalan apapun mesti ada alasan yang kita dapat sebelum mengaku salah ka, silapka atau apa-apa pun.

itulah peranan nafsu yang sembilan berbanding akal yang satu. kalau bergaduh cakap dengan wanita cuba elakkan menggunakan quran, hadis cerita hukum atau apa-apa yang sejenisnya pasai masa tu akal perempuan yang berlandaskan nafsu memain peranan. masa tu apa pun dia takkan terima cuma gaduh guna fakta semasa sahaja. Lebih baik elakkan gaduh sebab gaduh x ada sebarang faedah apa sekalipun, sebab pada aku bergaduh laki bini cuma nak tengok sapa menang saja. lepas menang apa yang kita dapat. yang bolehpun miss.......

tapi bukan itu yang aku nak cerita tapi cerita tentang isteri. Teringat aku hadis nabi yang mafhumnya lebih kurangnya;

. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

keyword di sini "nikmat suami".

apa nikmat suami. memandangkan apa yang aku tulis ni adalah apa yang aku faham dan hakikat kerja aku, so apa yang terpapar di sini adalah pandangan peribadi sahaja dan tidak boleh dijadikan sokongan hujah untuk apa-apa tujuan sekalipun.

hakikat seorang wanita, kalau bahasa kasarnya adalah hamba atau lembutnya boleh dikatakan dalam apa keadaanpun tidak bebas dari tanggungan atau kawalan. contoh semasa anak dara dulu, wanita tertanggung ke atas bapanya atau saudara lelakinya dan ke atas dalam semua segi perbelanjaan, perbuatan dan sebagainya malah sebarang perlakuannya sama ada baik atau buruk tertanggung ke atas mereka tadi. Bila berjabatlah salam Tok Imam/kadi dengan seorang lelaki, berpindahlah tanggungan mereka tu tadi kepada lelaki tersebut yang bergelar suami. suami yang pada lepas berjabat salam tadi dah ternanti-nanti waktu malam bagi melaksanakan tanggungjawab pertama seorang suami.

Jadi nikmat apa yang wanita tadi dapat selain nikmat malam bersama suami. Yang paling wanita tak sedar ialah berubahlah statusnya dari anak dara, janda, andartu, anak dara yang tak dara lagi kepada status baharu iaitu isteri. itu nikmat pertama. tak paham lagi.... mudahnya macam ni, kalau dulu masa anak dara atau janda, banyaklah jantan-jantan yang dok ngorat, dok kacau, dok smslah dok teleponla la ni agak-agak berapa kerat jantan-jantan tu nak kacau lagi. orang dah ada laki. nak mampos. so itu nama nikmat keselamatan. jadi sedarkah wanita tentang nikmat tu. banyak yang tak sedar. Bersyukurkah kita dengan nikmat tu. Antara sedar atau tidak kita mendapat jagaan yang lebih sempurna dari seorang lelaki. kalau dulu ayah kita ada 2-3 orang anak perempuan, kena sharelah kasih sayang la ni bila dah kahwin, ada seorang lelaki yang cuma kena jaga kita sorang, so cinta tak berbelah bagi. kalau dulu orang tua kita jaga dok kira nak lepaskan kita saja kat sapa-sapa yang dia berkenan tapi suami jaga kita bukan sebab nak lepas, tapi kalau boleh nak bawak mati sekali.

namun akan ada yang kata, laki x guna la, buat menyusah saja la. betul memang ada lelaki yang macam tu tapi hakikatnya kita masih lagi terjaga dari satu segi kita masih isteri. so nikmat keselamatan dari anasir luar tetap terjamin. x bersyukur lagikah kita. andai kita bertegas bercerai, kita akan terdedah dengan anasir luar, gangguan luar dari jantan-jantan yang dok teringin nak try janda.

So untuk wanita yang bergelar isteri, bersyukurlah dengan nikmat suami. lain-lain nikmat nanti aku cerita lagi. nak buat kerja sat.

No comments:

Post a Comment