catatan keempat

salam,

lama tak menulis dalam ruangan ini. masa dan idea menjadi penghalang agaknya. setiap masa dan setiap detik yang bergerak kita semakin hampir kepada kematian. untuk yang menyambut hari lahir, diucapkan selamat menyambut hari kelahiran dan selamat mendekatkan diri kepada kematian.

yahudi mengajar kita untuk bergembira dengan parti dan majlis seumpama pesta bila meraikan hari lahir. untuk apa agaknya sedangkan setiap hari ulangtahun kelahiran kita, tentera kematian semakin menghampiri untuk menghukum kita dengan hukuman kematian yang telah dijatuhkan sejak kita masih lagi di dalam perut ibu kita lagi.

Untuk apa kita risaukan tentang rezeki, untuk apa risaukan tentang jodoh atau untuk apa risaukan tentang kematian. kan semuanya telah ditentukan ALLAH. Risaulah tentang apa akan kita dapt setelah kematian menjemput kita. samada roh kita nanti dirai oleh malaikat di langit atau samada roh kita akan dikeji oleh mereka di sana.

"setiap yang hidup akan merasai mati"

mati itu pasti dan hidup insyaallah. Janganlah takut kita kepada mati kerana mati tetap akan mendapatkan kita. takutlah kita kepada hidup selepas mati kerana ianya kekal abadi. takutlah di mana akhir kita. ketika itu bukan wang jadi perbandingan bukanlah juga penyelamat, juga bukanlah takhta. hanya bekalan iman yang kita bawa.

lihatlah sekeliling, lihatlah bukan setakat remaja, malah mak dan bapak remaja itu juga kini tersasar dari Islam sebenarnya. tanpa sedar kita menerima pakaian yang tidak selaras dalam islam sebagai pakaian Islam, berjabat antara lelaki perempuan ibarat tiada lagi dosa, berkasih antara lelaki dan wanita kian tiada salahnya di mata kita. kita seakan rela ianya terjadi sedangkan sabda nabi yang maksud lebih kurang "selemah-lemah iman itu tidak meredhainya dengan hati" Justeru itu sekiranya kita seolah-olah meredhai perlakuan yang jelas maksiat, masih berimankah kita...

pandangan sinis akan sentiasa kedengaran apabila perkara ini diperbincangkan. tidak moden, jumud, dunia umpama penjara dan sebagainya. ianya adalah perkara-perkara qat'ie, yang telah jelas hukumnya seperti digaris di dalam Quran dan Hadis nabi. tergamak kita mempersoalkan apa yang Qat'ie. yang salah tetap salah, yang dosa tetap dosa kecuali dalam keadaan dharurat.

mungkin semasa kecil kita sering disogokkan dengan kebiasaan yang dalam fahaman kita menepati kehendak syariah. Justeru itu fahaman yang sama kita bawa sejak kecil dan tambahan lagi rata-rata masyarakat menerimanya sebagai perlakuan yang menepati syariah. Siapa yang bersalah?

biar kita fikir sejenak, siapa yang salah? kerajaan, mak bapak, masyarakat amnya atau kita sendiri? Payah-payah jangan salahkah orang lain. jawab mudahnya kita yang bersalah... kita yang bersalah? apa pasai pulak? ya lah kita yang tak teringin nak belajar. Kelas pengajian berlambak kat luar, kat masjid, kat surau, kat dewan dan lebih menarik tak kena bayarpun. satu sen pun orang tak minta. kita yang malas nak pi dengar. kalau bisnes tu kelam kabut kita pi hatta kena pi sampai London pun tu kena keluar duit lagi tapi nak pi masjid nak habiskan masa x sampai 2 jam, berkira nak mampus. walaupun ada value added bonuses lagi, 27 kali ganda pahala, malaikat amin doa lagi, rahmat tuhan lagi, silap-silap makan pun free. Alasan favourite letihla.., penatla.. lain harila.., nak mati kalau boleh postpone tak pa gak tapi sendiri paham la. Penat cari dunia tak habis-habis. tu aku la orang lain aku tak tau


kita cakap berapi-api puak tu kat kena la, tak islamik la, awat kita tu islamik sangat ke? takat pi masjid seminggu sekali x yah sembangla. Bunyipun aku sibuk tak dan. nak kembangkan ekonomi islam, nak orang islam maju. awat maju kita nak sampai mana. nak kaya nak sampai mana baru boleh sampai masjid nak sembahyang berjemaah. berapa juta dah kita infak harta kat jalan ALLAH. yang pasti ada duit sikit tukar kereta, beli tanah, beli rumah. itu aku la, orang lain aku tak tau. Nak buat apa rumah banyak-banyakpun aku tak tau, yang aku duduk cuma sebiji aje. alasan tambahan aku lebih baik kalau aku mati nanti waris aku tak susah kena mengemis nak hidup macam hadis nabi yang aku tak ingat matan atau sanad dia. agak-agakla berapa ribu baru cukup nak jamin keselesaan kehidupan depa. untuk pengetahuan, walaupun aku tau semua dah berpengetahuan tentang ni, rezeki kita semua ALLAH dah tetap masa kita dok dalam perut lagi. Percayalah kat ALLAH. memang usaha tu wajib bukannya nak suruh dok atas tikar sembahyang 24/7 tapi wajibla kita bahagi urusan dunia dengan akhirat.

Tunaikan hak ALLAH. ingat kita hamba ALLAH bukan Tuan @ Bos yang tak perlu tunduk pada sapa-sapa. Ingat bila kita kerja dengan orang, apa bos kata kita patuh walaupun x puas hati kadang-kadang. ya la kan pasai bos yang bayar gaji kita. lepas tu kita berniaga dan kata i'm my own boss. sebab senang nak bergerak sapa pun x halang. dan bila ada pekerja kita yang mengelat kerja kita marah-marah siap buang kerja lagi pasai kita bos. pekerja kena ikut cakap bos. kita yang bayar gaji so kena la follow kita. applykan benda yang sama dengan hidup kita. kita bukan pekerja tetapi hamba. kalau ikut cerita hamba ni contohnya kunta kinte kenala buat semua yang orang putih suruh, bukan takat kena buat, siap kena pukul lagi. x boleh melawan langsung.

Tak terasaka yang ALLAH maha penyayang, yang ikut suruhan ka yang bantah ka semua boleh makan, kekadang lebih sedap orang yang bantah makan dari orang yang mengikut. dan aku yang bengap ni dok perasan kata ALLAH sayang orang yang bantah, dok nak cari harta banyak-banyak pasai kaya kan best. tapi kaya x ikut aku bila mati. semua orang lain tolong perabis. apa yang nak tinggai kat aku bila mati, amalan itupun kalau ada. cukup ka amalan dengan sembahyang 5 kali sehari tu pun kadang-kadang hujung waktu, kekadang terlajak, dengan RM1 masuk tabung masjid tiap-tiap minggu kalau nak banding dengan gaji yang ribu-ribu tu. pi masjid dok berkira macam nak kena hukum gantung aje. tu pun free parking, kalau kena bayar tak tau la berapa kerat yang nak pi. untuk pengetahuan ALLAH tak pandang dunia sebab kalau ALLAH pandang hatta seberat sayap nyamuk pun orang kafir tak boleh minum.

Tapi kita dok kalut macam orang kafir juga. liganlah harta dok lawan nak kaya macam depa. bukan salah kalau dah kaya ingatlah sama dengan orang miskin, bayar lah zakat, infaklah harta buat Islam. Pi la masjid. ingatlah sama kat Bilal dok jerit tiap-tiap waktu, bukannya halwa telinga tapi dok panggil kita pi sembahyang la tu cari kejayaan, dunia dan akhirat. tapi kita kat rumah dok bergelut bergaduh dengan bini nak tukar chanel astro, tengok DVDla. alasan masa sembahyang panjang lagi. lupa habis hadis pahala sembahyang jemaah, sembahyang awal waktu. nasib pahala ALLAH tak turun dari langit macam hujan kalau tidak aku percaya mesti penuh masjid siang malam. tu ALLAH nak ajar tentang percaya(faith) macam dalam rukun iman yang kita dok hafal masa kecik dulu. Mana hamba Dia yang percaya mana yang ikut akal. dunia pakai fizik. Ahli fizik kafir pun dah bercambah masuk Islam pasai depa buat kajian pasai dunia.

Soalan.. kita percaya ke kat ALLAH. baca quran (kalau baca la) sampai berkali-kali khatam, faham ke apa yang ALLAH suruh buat. Tak cukup kah peringatan dalam Quran, tak takut ke azab balasan, tak terkesan ke tentang dosa pahala, tak percaya ka rezeki kita dah tertulis sejak dalam perut ibu lagi sampai kita dok bergelut tentang dunia samapai lupakan Akhirat. Aku pun sama. Kita ALLAH bagi akal untuk berfikir tentang keagungan DIA tapi kita guna akal nak cari alasan untuk mengiyakan apa yang kita buat walaupun dah lari dari suruhan dia.

aku nak sambung lagi tapi takut panjang sangat... apa pun aku doakan semua kita selamat dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment